Monday, March 22, 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..

Di sini ada beberapa amalan yang baik untuk diamalkan kepada anak-anak dan juga anak-anak didik kitasemua... Caranya mudah sahaja... Bacakan Surah Al-Fatihah sebanyak 3 kali dalam air mineral / air masak ( untuk diminum ), kemudian bacakan doa :
Ya Allah Ya Rabbi.... dengan Mukjizat Surah Al-Fatihah
Ya Allah Ya Rabbi.... dengan Hikmah Al-Fatihah
Ya Allah Ya Rabbi... dengan Fadhilat Al-Fatihah
Jadikanlah air ini sebagai air pelembut hati, pencuci hati, penyegar hati dan air penerang hati untuk anak-anakku...( sebutkan namanya..bin/ binti.. ), kemudian hembuskan ke dalam air tadi dan beri dia minum. Mudah-mudahan dilembutkan hatinyya...Amin..

Selain itu boleh juga diamalkan selawat Al-Mukhatab ini untuk menangani masalah anak-anak nakal. Bacakan dan tiupkan pada ubun-ubunnya.

بِِسمِ اللهِ الرَّحمَنٍ الرَّحٍيمِ
الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا سَيٍّدٍي يَا رَسُولَ اللهِ خُذْ بِيَدِي قَلَّتْ حِيلَتِي اَدْرَكْنِي

Maksudnya:
Ya Allah tetapkan rahmat dan kesejahteraan ke atasmu wahai penghulu Ya Rasullah. Wahai Rasullah sudah habis daya upayaku untuk mengikuti jejakmu, oleh itu peganglah tanganku bawalah aku di sisi Allah
( Dipetik dari sedutan Kuliah Subuh Konvensyen Guru-Guru Kaunseling Negeri Johor Tahun 2000 )

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses 2009.